Page 6 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 6
SEKAPUR SIREH
Malang tidak berbau, insiden boleh berlaku
tanpa mengira masa, ketika dan tempat. Yang
menjadi mangsa tidak pula mengira bangsa,
agama, jantina dan usia. JBPM sebagai agensi
penyelamatan yang unggul dalam negara amat
menyedari cabaran insiden atau bencana ini,
oleh itu ia menuntut setiap pegawai bomba
untuk bersiap sedia setiap masa.
Tahniah kepada JBPM Kuala Lumpur kerana
telah mencapai response time (RT) yang baik
iaitu 7 minit dalam memobilisasikan jentera dan
anggota ke lokasi kejadian kemalangan LRT pada 24 Mei 2021. Kepantasan
bertindak, menyelamat dan menguruskan mangsa yang ramai dalam tempoh
kurang daripada 2 jam adalah satu kejayaan, khususnya ketika negara
menghadapi pelbagai cabaran dan masalah termasuk pematuhan kepada
Standard Operating Procedure (SOP) COVID-19. Risiko insiden melibatkan
underground tunnel and rail ini adalah satu realiti. Oleh itu, amat penting
diperkemaskan Pre-Incident Plan (PIP) JBPM dan juga Emergency Response
Plan (ERP) pihak pengendali tren, maka kedua-dua PIP dan ERP ini perlu
diselaras dan dilatih secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi. Pasukan
Underground Tunnel and Rail Rescue Team (UTRT) JBPM KL perlu
diperkasakan dengan kemahiran dan kelengkapan yang bersesuaian bagi
menghadapi sebarang insiden yang rumit dan berisiko tinggi.
Semoga insiden ini dapat dijadikan lesson learn yang berguna kepada semua
pihak. Maka dengan itu, langkah-langkah kawalan dan kesiapsiagaan dapat
dipertingkatkan serta keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kita semua.
YAS DATO’ ABDUL WAHAB BIN HJ. MAT YASIN
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.