Page 65 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 65

10.0    PENGURUSAN MAKLUMAT DAN KAWALAN MEDIA


                       Insiden kemalangan LRT ini menjadi amat istimewa kerana ianya mempunyai ciri-
                       ciri berikut:


                                 Pertama kali berlaku dalam sejarah pengangkutan tren di Malaysia

                                 Kemalangan  berlaku  melibatkan  sistem  pengangkutan  yang  moden
                                  yang mementingkan keselamatan
                                 Syarikat  pengurusan  dan  pengendali  tren  adalah  syarikat  yang

                                  berprestij
                                 Kejadian berlaku dalam bangunan penting dan terkenal

                                 Berlaku di ibu kota yang sibuk
                                 Berlaku semasa negara masih menghadapi Pandemik COVID-19
                                 Melibatkan bilangan mangsa yang ramai

                                 Kejadian berlaku di dalam terowong dan ruangan sempit

                                 Kejadian pada waktu puncak
                                 Penglibatan dari pelbagai agensi


                       Ciri  keistimewaan  insiden  ini  menyebabkan  ianya  menarik  minat  pelbagai  pihak
                       untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Maklumat yang segera, sahih dan terkini
                       dapat disediakan sekiranya sistem pengurusan maklumat dan media diwujudkan

                       dengan baik di lokasi insiden.

                       Memandangkan pembangunan teknologi maklumat, perkembangan industri digital

                       dan gajet komunikasi menjadikan informasi di hujung jari, maka semua pihak boleh
                       bertindak sebagai media penyampai dan sebagainya. Oleh itu, maklumat insiden
                       dan perkembangannya mendapat liputan yang cukup meluas, yang bukan sahaja

                       dalam negara malah sehingga luar negara.

                       Walau  bagaimanapun,  orang  awam  dan  pihak  media  masih  mempunyai  access

                       yang terhad dan tidak dibenarkan berada di zon kritikal (zon merah) disebabkan
                       faktor keselamatan, maka informasi di lokasi kejadian perlu diuruskan oleh pegawai
                       khas  iaitu  ‘information  officer’.  Information  officer  akan  menyediakan  informasi

                       secara  berkala  dan  menyelia  aktiviti  sidang  media  oleh  Komander  Operasi  atau
                       pegawai yang diamanahkan.


                       Pihak media merupakan penghubung antara masyarakat dengan pihak pengurusan
                       insiden. Pihak media juga mempunyai keupayaan yang tersendiri dalam mendidik

                       masyarakat bukan sahaja semasa insiden tetapi sebelum dan selepas insiden.





    58 | CEPAT DAN MESRA
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70