Page 70 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 70
12.0 PERMASALAHAN DAN CABARAN
i. Bekerja Dalam Ruang Sempit (Confine Space)
Ruangan terowong sememangnya agak luas sehingga boleh memuatkan
sesebuah tren. Namun apabila ruang itu telah dimasuki oleh tren, ruang yang
masih tersisa telah menjadi sempit yang hanya boleh dilalui oleh seorang
sahaja pada satu-satu masa. Laluan yang bertindak sebagai emergency
walkway for evacuation yang digunakan flow-in rescuer dan flow-out victims.
Pergerakan flow-in rescuer dan flow-out victims yang berlaku serentak sudah
semestinya tidak begitu lancar dan pergerakannya mengambil masa.
LAKARAN 3D
TEROWONG LRT
Seperti yang diketahui, bilangan penumpang yang menjadi mangsa agak
ramai, ada di antara penumpang yang kesakitan dan juga mengalami
kecederaan. Keadaan ini menjadikan suasana panik di kalangan penumpang.
Human behaviour dalam keadaan panik ini perlu diuruskan dengan baik agar
suasana terkawal dan proses penyelamatan berjalan lancar. Keadan di dalam
terowong yang terkurung dan laluan keluar yang terhad turut memberikan
kesan trauma dan fobia kepada sesetengah mangsa.
Pasukan penyelamat yang berada di lokasi kemalangan atau zon merah
(kritikal) perlu mengutamakan keselamatan dan dilengkapi dengan PPE yang
mencukupi, mempunyai pengetahuan dan kemahiran, serta perlu memiliki
mentality dan psychologically yang stabil.
CEPAT DAN MESRA | 63