Page 74 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 74
13.0 CADANGAN DAN REKOMENDASI
i. Koordinasi Inter-Agency dan Latihan Bersepadu Pengendalian Bencana
Bagi menangani sesuatu insiden yang bersifat kompleks, memerlukan
penglibatan pelbagai agensi. Peranan agensi-agensi dan penggemblengan
sumber-sumber perlu diselaraskan agar ianya dapat dimanfaatkan
sepenuhnya serta tidak berlaku pertindihan tanggungjawab. Bagi
merealisasikan perkara ini, perancangan dan latihan secara bersepadu perlu
diadakan dengan kerap supaya setiap agensi dapat memainkan peranan
dengan lebih cekap.
ii. Memperkasakan Pasukan Khas ‘Underground Tunnel & Rail Rescue
Team (UTRT)
Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang
meliputi sebahagian besarnya adalah Negeri Selangor, iaitu Lembah Klang,
dengan populasi penduduk seramai 7.2 juta orang, dan juga kawasan
metropolitan yang paling pesat membangun di negara ini dari segi bilangan
penduduk dan ekonomi.
Terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur serta kemajuan teknologi yang
canggih, walau bagaimanapun semakin pesat sesebuah bandar itu
membangun, maka semakin bertambahlah risiko yang akan dihadapi seperti
kewujudan pengangkutan awam yang menggunakan sistem landasan di dalam
terowong dan bertingkat.
Bagi mendokong aspirasi dan dasar Metropolitan Fire Department (MFD) yang
memberi fokus utama dalam pembangunan dan memperkasakan teras
perkhidmatan JBPM Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif dan langkah
proaktif untuk mewujudkan satu Pasukan Khas Underground Tunnel and Rail
Rescue Team (UTRT) bagi menangani sebarang insiden kecemasan yang
melibatkan Struktur Tunnel and Rail bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti
perkhidmatan kepada masyarakat. ‘Underground Tunnel and Rail Rescue
Team (UTRT) ini diwujudkan bagi memastikan pengurusan pengendalian kes
kecemasan melibatkan Tunnel and Rail ini dapat ditingkatkan dan memastikan
risiko bahaya kebakaran dapat dikurangkan. Di samping itu, UTRT ini juga
adalah bertujuan untuk pengkhususan pasukan yang khas untuk operasi
penyelamatan dan pemadaman di lokasi berstruktur khas Tunnel and Rail ini.
CEPAT DAN MESRA | 67