Page 73 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 73
iv. Pencahayaan Yang Tidak Mencukupi
Terowong bukanlah kawasan yang diduduki oleh manusia (unoccupied area)
dalam keadaan biasa, oleh demikian pencahayaan adalah terhad. Dalam aktiviti
penyelamatan, bantuan pencahayaan sangat diperlukan bagi mengurangkan
risiko kemerbahayaan yang lain.
v. Pandemik COVID-19 (Disaster in Disaster)
Ketika masyarakat menangani Pandemik COVID-19, kawalan pergerakan,
penjarakan fizikal, penggunaan PPE adalah satu kemestian. Dalam
pengendalian kecemasan melibatkan mangsa, penjarakan fizikal tidak dapat
dipatuhi sepenuhnya malah mangsa-mangsa dikendalikan secara fizikal yang
memungkinkan penyelamat dan mangsa terdedah kepada penyebaran virus
COVID-19. Sekalipun pasukan penyelamat telah mematuhi SOP dengan
pemakaian PPE, dalam suasana kecemasan, pergerakan yang sukar dan
tindakan yang cepat, tahap keberkesanan PPE menjadi semakin rendah.
66 | CEPAT DAN MESRA