Page 72 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 72
iii. Mass Evacuation and Mass Casualty Management
Mass evacuation and mass casualty management bukanlah perkara yang
mudah, di mana penumpang / mangsa mempunyai pelbagai latar belakang,
perbezaan jantina, umur dan tahap kecederaan yang dialami memerlukan
tindakan yang lebih khusus.
Pengambilan maklumat mangsa menjadi masalah utama dalam keadaan
kritikal termasuklah bilangan sebenar mangsa yang terlibat, latar belakang
peribadi (komunikasi terhad dengan mangsa yang cedera), penentuan jenis
kecederaan luaran dan dalaman menyebabkan pengurusan data dan
maklumat kurang tepat.
Mangsa-mangsa perlu dikeluarkan dengan cepat dari zon merah (lokasi
kemalangan) dan dibawa ke lokasi lebih selamat (zon kuning / hijau),
ditempatkan di sick bay untuk rawatan awal sebelum diangkut oleh ambulans
ke hospital berdekatan.
Semasa kejadian, selain JBPM yang banyak tertumpu di zon merah terdapat
juga pelbagai agensi telah memainkan peranan berdasarkan keupayaan dan
kemahiran masing-masing, termasuklah pihak PDRM telah melaksanakan
crowd control, traffic control manakala pihak APM turut membantu di sick bay.
Adalah menjadi cabaran kepada Komander Operasi untuk memastikan
penglibatan pelbagai agensi dapat diselaraskan dengan baik untuk menjamin
kelancaran pengurusan insiden.
CEPAT DAN MESRA | 65