Page 66 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC - FINAL PRINTING
P. 66
Strategi menang-menang (win-win strategy) antara pihak pengurusan insiden dan
media dapat mengelakkan berlakunya penularan berita palsu, khabar angin dan ia
juga mampu meredakan suasana tegang dalam masyarakat kesan daripada insiden
yang berlaku. Ia juga mampu mendidik mangsa dan masyarakat dalam menghadapi
kesan dari insiden tersebut.
Setelah OPS Tragedi LRT terkawal sepenuhnya dan aktiviti penyelamatan serta
semua mangsa telah dipindahkan ke hospital, dua sidang media di lokasi kejadian
telah diadakan seperti berikut:
i. Sidang Media Pertama
Sidang media ini melibatkan pengurusan insiden di lokasi kejadian yang
berkisar kepada laporan gerak kerja operasi. Sidang media ini diadakan secara
bersama oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Pengarah JBPM Kuala
Lumpur (Unified Command).
CEPAT DAN MESRA | 59