Page 4 - Pencapaian Pelan Strategik CIDB (CSP) 2023
P. 4

LAPORAN PENCAPAIAN PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK CIDB (CSP) 2023

               Pelan Strategik CIDB (CSP) telah dibangunkan pada 2020 dan dilaksanakan pada tahun 2021

               dengan  sasaran  untuk  menjadikan  CIDB  sebagai  peneraju  industri  yang  terulung  dan

               disegani melalui peringkat transformasi selama 5 tahun dari 2021 hingga 2025. Pelaksanaan

               CSP bermula dengan aktiviti asas dan menjurus kepada penghasilan beberapa kejayaan
               pantas secara dalaman dan luaran pada tahun 2022.  Pada masa ini, CSP sedang melalui

               fasa di mana impak utama dijangka dapat dilihat dari tahun 2023 dan ke atas setelah melalui

               satu  proses  lengkung  pembelajaran  yang  berterusan.  Manakala  hasil  berimpak  tinggi
               dijangka  dapat  diperolehi  pada  tahun  2023  dan  2024  serta  mencapai  kedudukan

               kepimpinan pada akhir tahun 2025. Pelaksanaan CSP telah dibahagikan kepada 5 peringkat

               iaitu Permulaan CSP (Peringkat 1 – 2021), Menjana Kejayaan Pantas (Peringkat 2 – 2022),

               Mewujudkan Hasil Berimpak Tinggi  (Peringkat 3A  –  2023), Hasil Impak Tinggi Berterusan

               (Peringkat 3B – 2024) dan Kepimpinan Industri Pembinaan (Destinasi CSP – 2025).


               CSP menggunakan kaedah Peta Strategi untuk melakarkan Objektif Strategik (SO) 5 tahun

               bagi inisiatif yang akan dilaksanakan oleh bahagian.  Peta Strategi menunjukkan hubung kait,
               sebab dan akibat antara objektif-objektif strategik yang merangkumi empat (4) perspektif

               yang  bermula  dari  Perspektif  Kapasiti  Organisasi  ke  Perspektif  Proses  Dalaman  dan

               seterusnya  Perspektif  Pelanggan  ke  Perspektif  Pihak  Berkepentingan  yang  akan

               memperolehi impak menyeluruh yang akan dihasilkan oleh CSP CIDB di akhir pelan strategi
               tersebut pada penghujung tahun 2025.



























                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9