Page 10 - Pencapaian Construction 4.0 (C4.0) 2021-2023
P. 10

LAPORAN PELAN STRATEGIK PEMBINAAN 4.0 (C4.0) CIDB TAHUN 2022 DAN 2023

               Pelaksanaan KPI untuk Pelan Strategik Pembinaan 4.0 (C4.0) bagi tahun 2022 telah mengutamakan

               pencapaian  terhadap  tiga  daripada  empat  teras  strategik  utama  yang  digariskan  dalam  Pelan

               Strategik  Pembinaan  4.0  (C4.0)  iaitu  Building  Capacity  (ST1.0),  Research,  Innovation,

               Commercialisation & Entrepreneurship (RICE) (ST2.0) dan Smart Integrated Technology, Innovation
               & Infrastructure (ST3.0) seperti dalan Gambarajah 2 di bawah.



































               Gambarajah 2: Fokus Utama Teras Strategik C4.0 dan Bahagian Pelaksana bagi Tahun 2022


               Secara keseluruhannya, sejumlah 26 KPI telah dilaksanakan antara tiga teras strategik ini oleh CIDB

               pada  tahun  2022.  Bagi  teras  strategik  Building  Capacity  (ST1.0),  sebanyak  enam  (6)  KPI  telah

               dilaksanakan pada tahun 2022 di mana kesemuanya telah mencapai 100% sasaran. Pembangunan

               Kontraktor Fasiliti di bawah Program SMART CITY (Penambahan Pakej Pembelajaran kepada Modul
               SKP  Fasiliti  sedia  ada)  tidak  dapat  dilaksanakan  pada  tahun  2022  atas  sebab  KPI  ini  baru

               dipindahkan ke BTI sebagai pelaksana selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu CSP Bil. 3/2023.

               Manakala bagi teras strategik Research, Innovation, Commercialisation & Entrepreneurship (RICE)

               (ST2.0) pula, sejumlah empat (4) KPI telah dilaksanakan pada 2022 di mana kesemuanya telah
               berjaya mencapai sasaran 100%. Antara dapatan utama yang diperolehi daripada pelaksanaan KPI

               ST2.0 tahun 2022 ialah alatan berteknologi C2.0 seperti Kentledge pile load test merupakan kaedah

                                                              8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15