Page 5 - Pencapaian Construction 4.0 (C4.0) 2021-2023
P. 5

LAPORAN PELAN STRATEGIK PEMBINAAN 4.0 (C4.0) CIDB TAHUN 2022 DAN 2023

               Pelan Strategik Pembinaan 4.0 (C4.0) CIDB 2021-2025 adalah merupakan satu pelan yang

               menjadi asas untuk merangka program bagi meningkatkan keupayaan industri pembinaan

               dalam alaf industri 4.0. Pelaksanaan Pelan Strategik Pembinaan 4.0 (C4.0) CIDB ini telah

               didorong oleh 4 pembolehubah yang terdiri daripada Ekonomi, Teknologi Bersepadu, Orang
               dan  Tadbir  Urus.  Keempat-empat  pembolehubah  di  atas  telah  menjadi  asas  bagi

               memastikan perubahan terhadap Pelan Strategik Pembinaan 4.0 (C4.0) dapat direalisasikan

               dan  seterusnya  dapat  membentuk  satu  ekosistem  yang  lengkap  dalam  menghadapi
               perubahan  ini.  Disamping  itu,  Pelan  Strategik  Pembinaan  4.0  (C4.0)  juga  telah

               mengenalpasti  12  teknologi  muncul  yang  dapat  mengubah  lanskap  industri  pembinaan

               pada masa hadapan di mana teknologi-teknologi tersebut adalah seperti yang tertera di

               dalam Jadual 1. Keseluruhan rangkaian pemain utama dalam industri pembinaan bermula

               daripada pengeluaran bahan dan komponen binaan hingga ke perkhidmatan profesional,
               proses  pembinaan  di  tapak  dan  operasi  serta  pengurusan  akan  menyumbang  secara

               komprehensif  untuk  merealisasikan  visi  dan  misi  Pembinaan  4.0  (C4.0).  Oleh  yang

               demikian,  CIDB  telah  mengenal  pasti  empat  teras  strategik  utama  bagi  pelaksanaan
               Pembinaan 4.0 (C4.0) seperti tertera di dalam Jadual 2 di bawah:



                      Teras Strategik             Tujuan Strategik                    Objektif Strategik
                 1   Building Capacity   Tujuan  utama  teras  ini  ialah  untuk  melahirkan  1.  Menyediakan tenaga kerja masa
                                      bakat digital kompeten bagi industri pembinaan   hadapan untuk Pembinaan 4.0

                                      di Malaysia yang sekarang ini masih terhad dan  2.  Mencipta mekanisme untuk
                                      didominasi  oleh  pekerja  berkemahiran  rendah.   menyokong inovator dan pengguna
                                      Ianya  boleh  dihasilkan  melalui  penyelarasan   teknologi
                                      kurikulum  atau  program  penyelidikan  berkaitan
                                      industri  di  institusi  pengajian  tinggi  untuk
                                      disesuaikan  dengan  keperluan  untuk  mengisi
                                      jawatan teknikal dan digital industri pembinaan
                                      di Malaysia.
                 2   Excellence       Teras   ini   bertujuan   untuk   meningkatkan  1.  Mengukuhkan perkongsian
                    Research,         kompetensi pengkomersilan dan keusahawanan   Quadruple Helix
                    Innovation,       melalui  hasil  penyelidikan  dan  inovasi  dalam  2.  Memacu penyelidikan dan inovasi
                    Commercialization  Pembinaan  4.0  yang  berimpak  tinggi  serta   dalam Pembinaan 4.0

                    and               bersesuaian  dengan  keperluan  perniagaan

                                                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10