Page 4 - Pencapaian Construction 4.0 (C4.0) 2021-2023
P. 4
LAPORAN PELAN STRATEGIK PEMBINAAN 4.0 (C4.0) CIDB TAHUN 2022 DAN 2023
Frasa Revolusi Perindustrian Keempat pertama kali diperkenalkan oleh sekumpulan saintis
yang membangunkan strategi berteknologi tinggi untuk kerajaan Jerman pada sekitar tahun
2016. Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) boleh ditakrifkan sebagai penyepaduan teknologi
digital pintar ke dalam proses pembuatan dan perindustrian. Revolusi Perindustrian 4.0 (IR
4.0) melibatkan persekitaran semasa dan pembangunan akan datang di mana trend dan
teknologi muncul (emerging technology) dijangka mampu mengubah cara manusia di
zaman moden untuk hidup dan bekerja. Selaras dengan pembangunan Revolusi
Perindustrian 4.0 (IR 4.0), industri pembinaan juga perlu berubah mengikut perubahan trend
dan teknologi semasa seiring dengan pembangunan pesat teknologi dan sistem lebih pintar.
Sejajar dengan keperluan kepesatan teknologi terkini, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui
CIDB Malaysia telah membangunkan satu Pelan Strategik Pembinaan 4.0 (C4.0) CIDB 2021-
2025 untuk membantu industri pembinaan negara berhadapan dengan perubahan ini.
Pembolehubah Teknologi Muncul
Pembolehubah 1- Ekonomi 1. Building Information Modelling (BIM)
2. Pre-fabrication and Modular Construction
Pembolehubah 2 - Teknologi 3. Autonomous Construction
Bersepadu 4. Augmented Reality & Virtualization
5. Cloud and Realtime Collaboration
Pembolehubah 3- Orang 6. 3D Scanning and Photogrammetry
7. Big Data & Predictive Analysis
Pembolehubah 4- Tadbir Urus 8. Internet of Things (IoT)
9. 3D Printing and Additive Manufacturing
10. Advanced Building Materials
11. Blockchain
12. Artificial Intelligence (AI)
Jadual 1: Pembolehubah dan Teknologi Muncul bagi Pelan Strategik Pembinaan 4.0
2