Page 8 - Pencapaian Construction 4.0 (C4.0) 2021-2023
        P. 8
     LAPORAN PELAN STRATEGIK PEMBINAAN 4.0 (C4.0) CIDB TAHUN 2022 DAN 2023
               2.0  ANALISIS  PELAKSANAAN  PELAN
               STRATEGIK PEMBINAAN 4.0 (C4.0) 2021
               Pada peringkat awal pelaksanaan Pelan Strategik Pembinaan 4.0 (C4.0) CIDB tahun 2021,
               terdapat dua (2) matlamat utama bahagian pelaksana yang telah dijadikan sebagai sasaran
               KPI  pada  tahun  tersebut  iaitu  mengadakan  Persidangan  C4.0:  Building  Construction
               Landscape Through Big Data Supply Chain dan juga Kajian Kesediaan Kontraktor Terhadap
               Adaptasi Penggunaan Teknologi Pembinaan 4.0 bersama dengan satu institusi pengajian
               tinggi (di bawah ST2.0 RICE). Persidangan C4.0 yang diadakan pada penghujung 2021 secara
               maya  adalah  bertujuan  untuk  memperkenalkan  teknologi  digital  ke  dalam  industri  bagi
               mengubah cara infrastruktur, hartanah dan aset binaan bermula dengan proses rekabentuk
               pembinaan, pengendalian, dan penyelenggaraan dengan menggunakan teknologi terkini.
               Program  Persidangan  C4.0  ini  yang  diletakkan  di  bawah  teras  strategik  ST1.0  Building
               Capacity  yang  melibatkan  beberapa  teknologi  digital  lebih  moden  dan  efisyen  seperti
               Building  Information  Modelling  (BIM)  dan  Pre-fabrication  and  Modular  Construction
               Technology  dilihat  mampu  untuk  memberikan  kesan  yang  besar  terhadap  ekonomi  dan
               sosial secara keseluruhannya kepada industri pembinaan di Malaysia.
               Pada  tahun  2021,  CIDB  telah  memulakan  kajian  berkaitan  Pembinaan  4.0  sebagai
               menyokong  kepada  Pelan  Strategik  Pembinaan  4.0  (C4.0)  CIDB  iaitu  Kajian  Kesediaan
               Kontraktor  Terhadap  Adaptasi  Penggunaan  Teknologi  Pembinaan  4.0.  Kajian  ini  bermula
               pada Oktober tahun 2021 dan berakhir pada Jun 2022 bertujuan untuk mengenalpasti tahap
               penggunaan teknologi Pembinaan 4.0 yang melibatkan kontraktor pelbagai gred daripada
               seluruh  Malaysia.  Selain  dari  itu,  kajian  ini  juga  bertujuan  untuk  mengenalpasti  tahap
               keutamaan  penggunaan  teknologi  Pembinaan  4.0  di  dalam  pelaksanaan  projek  sebenar
               berdasarkan  kepada  keperluan  kitaran  fasa  pembinaan  di  Malaysia.  Disebabkan  oleh
               tempoh kajian ini yang berlanjutan sehingga tahun berikutnya, CIDB telah menjadikannya
               sebagai sebagai salah satu dari KPI utama untuk teras strategik ST2.0 RICE bagi tahun 2022.
                                                              6





