Page 25 - E majalah KUMPULAN 3 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL - Copy_Neat
P. 25
5) Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk
menyeragamkan kurikulum di
sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan
mewujudkan satu sistem
peperiksaan yang seragam.
Dengan adanya sukatan
pelajaran dan peperiksaan yang
seragam, pelajaran para pelajar
tidaklah terganggu apabila
terpaksa berpindah sekolah.
Langkah ini boleh menolong
proses menyatupadukan pelajar
berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang
sama.
Jika kita lihat sekarang, dasar
pendidikan yang dijalankan
kerajaan kini menampakkan
hasilnya. Oleh itu, ditekankan
bahawa pendidikan menjadi alat
membentuk perpaduan kaum.
Belajar & kajilah sejarah untuk
mendapatkan manfaat berguna
& meningkatkan kualiti hidup
kita. Kita sepatutnya mencontohi
Dr. Mahathir Mohamad yang
rajin membaca & mengkaji
bahan sejarah serta berjaya
menaikkan nama Malaysia di
persada dunia dengan kekuatan
pembacaannya.