Page 23 - E majalah KUMPULAN 3 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL - Copy_Neat
P. 23

PENDIDIKAN                                            1) Sistem persekolahan yang sama


                                                             bagi semua
          BAGAIMANAKAH
          PENDIDIKAN DAPAT                                   Pada asasnya Laporan Razak
          MEMUPUK PERPADUAN?                                 mencadangkan penubuhan sekolah-
                                                             sekolah umum yang menggunakan
          Persoalan besar yang dihadapi                      bahasa Melayu sebagai bahasa
          para pemimpin dan pendidik                         pengantarnya dan sekolah-sekolah
          selepas Perang dunia Kedua                         jenis umum menggunakan bahasa
          ialah mencari formula untuk                        pengantar Cina, Tamil dan Inggeris.
          melahirkan satu masyarakat                         Kepentingan bahasa Melayu
          Malaysia yang bersatupadu,                         sebagai bahasa untuk perpaduan
          yakni masyarakat majmuk yang                       jelas dinyatakan. Laporan ini telah
          mempunyai keazaman,                                menjadi rujukan sebagai dasar
          kesanggupan dan kesediaan                          pendidikan kerajaan sehingga kini &
          untuk hidup bersama dengan                         bahasa Melayu telah menjadi
          rukun dan damai serta                              bahasa pengantar di semua
          mempunyai kesedaran,
          keperibadian dan nilai-nilai                       peringkat sekolah.
          sebagai rakyat Malaysia.



          Satu cara yang penting untuk
          mewujudkan perpaduan di
          dalam sesebuah negara ialah
          menerusi pendidikan. Dalam
          konteks Malaysia, hakikat
          bahawa pendidikan merupakan
          faktor unggul dalam membina
          kerakyatan yang tunggal telah
          lama disedari. Berikut
          merupakan cara bagaimana
          sistem pendidikan boleh
          membentuk perpaduan
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28