Page 20 - E majalah KUMPULAN 3 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL - Copy_Neat
P. 20
Lindahl (2014) menjelaskan
bahawa mentakrifkan penglibatan
jaringan sivik dari segi komuniti
melibatkan proses mengenal pasti tiga
jenis masyarakat iaitu tempat, idea
dan hal atau keadaan. Tempat
merujuk kepada di mana mereka
hidup sebagai satu bentuk penyertaan
sivik berdasarkan pada isu-isu teras
yang menentukan struktur
masyrakat. Idea di mana individu-
individu dalam masyarakat boleh
datang bersama-sama untuk
mengambil bahagian dalam dialogdan
tindakan tentang isu-isu khusus. Hal
atau keadaan seringkali menumpukan
kepada perbuatan sukarela dan
menyelesaikan masalah
berorientasikan komuniti.