Page 17 - E majalah KUMPULAN 3 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL - Copy_Neat
P. 17
Teori pilihan rasional tentang
hubungan etnik mengandaikan
bahawa individu mempunyai
matlamat dan kecenderungan yang
berbeza. Mereka sebolehnya cuba
bertindak untuk
memaksimumkan ganjaran
material dan kedudukan sosial.
Dalam pada itu, tingkah laku
individu merupakan fungsi
sentimen peribadi dan
kepercayaan terhadap kelompok
sebayanya. Apabila individu
membuat satu pilihan untuk
bertindak, tindakan pilihan yang
lain akan tertutup. Semasa
individu bertindak ke atas pilihan
tingkah laku yang dibuat, individu
berkenaan akan mewujudkan
ikatan sosial yang lebih erat
dengan individu lain yang terlibat.