Page 15 - E majalah KUMPULAN 3 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL - Copy_Neat
P. 15
BATAS ETNIK
Dalam hal berkaitan dengan
batas etnik, Mansor et al. (2006)
menambah bahawa tebal, nipis
atau pupusnya batas etnik
seseorang individu itu akan
menentukan sama ada tingkah
lakunya dipengaruhi oleh
perkiraan etnik atau tidak.
Individu yang tebal batas etniknya
akan mengutamakan perkiraan
etnik di dalam tingkah lakunya.
Berbeza dengan individu yang nipis
atau pupus batas etniknya akan
mengutamakan perkiraan bersifat
bukan etnik hingga boleh
berhubung dengan individu-
individu lain secara silang
kumpulan.Dalam suasana sosial
yang berbentuk sebegini,
masyarakatnya lebih bersifat
bersatu pada dan harmoni.
Sebaliknya pula, jika batas
etnikitu tebal, individu hanya
berhubungan dengan individu lain
berdasarkan persamaan etnik
hingga wujud masyarakat
majmuk,terasing, terpisah dan
masing- masing berada dalam
kotakmasing-masing tanpa diikat
oleh nilai yang dikongsi bersama.
<Sambungan di mukasurat 16>