Page 18 - E majalah KUMPULAN 3 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL - Copy_Neat
P. 18
Namun, apabila individu gagal
memaksimumkan ganjaran yang
dihajati, maka ia akan mengambil
tindakan menggemblengkan
kekuatan kolektif, dan dimensi yang
dipilih akan menggambarkan
konteks sejarah budaya masyarakat
tersebut. Seterusnya apabila
individu gagal memaksimumkan
kepuasan melalui pelbagai dimensi
kumpulan sosial yang wujud dalam
masyarakat, ia akan berpaling
kepada soal-soal keagamaan dan
ketuhanan. Seseorang individu itu
juga akan memilih untuk
menggemblengkan kekuatan kolektif
berdasarkan warisan kebudayaan,
batas kumpulan bersifat terbuka.
Namun, apabila individu memilih
untuk menggemblengkan kekuatan
kolektif berdasarkan warisan fizikal,
batas kumpulan bersifat tertutup.