Page 4 - C:\Users\mechagurlz\Desktop\AKCEP 2023\
P. 4

04


                     PENGARAH






         Bismillahirrahmanirrahim

         Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana
         dengan limpah dan rahmatnya, kita semua dapat berkumpul pada hari
         ini dalam Majlis Anugerah & Apresiasi Kecemerlangan Pelajar
         (AKCEP) sesi Julai -Disember 2023.


         Tahniah dan Syabas diucapkan kepada AJK AKCEP
         kerana Berjaya menganjurkan majlis ini. Meskipun
         bebanan tugas semakin memuncak, namun atas
         semangat dan komitmen padu semua, amanah yang
         diberikan telah berjaya dilunaskan dengan sebaiknya.

         Majlis ini diadakan bagi memberi
         pengiktirafan kepada mereka yang telah
         menunjukkan prestasi yang cemerlang
         bukan sahaja dalam bidang akademik malah
         dalam pelbagai bidang yang lain.

         Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga akan
         menyuntik  semangat  kepada  siswa  lain  untuk
         meningkatkan pencapaian masing-masing. Dalam
         kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada siswa
         IKMJB   agar  menjadikan  kejayaan  rakan-rakan
         sebagai sumber inspirasi bagi mencipta kejayaan
         dalam bidang akademik mahupun pelbagai bidang
         yang lain.

         Untuk itu, saya mengucapkan tahniah kepada
         semua siswa yang telah menunjukkan kesungguhan
         seterusnya melakar kecemerlangan bagi sesi
         Januari - Jun 2023.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9