Page 6 - C:\Users\mechagurlz\Desktop\AKCEP 2023\
P. 6
06
TIMBALAN PENGARAH
PEMBANGUNAN AKADEMIK
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya jua,
dapat kita meraikan penerima-penerima Majlis Anugerah & Apresiasi
Kecemerlangan Pelajar (AKCEP) bagi bagi Sesi Julai - Disember 2023. Syabas
kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis AKCEP yang memberikan komitmen
yang amat tinggi bagi menjayakan majlis ini.
AKCEP merupakan program kemuncak yang
mengiktiraf pencapaian dan sumbangan siswa juga
warga IKM JB berdasarkan kepakaran masing-
masing. Pengiktirafan ini bukannya mudah untuk
diperoleh, sebaliknya memerlukan kualiti peribadi
unggul serta daya usaha gigih yang terkesan
kepada pencapaian IKM JB sehingga hari ini.
Pensyarah merupakan kumpulan terpenting yang
berperanan sebagai pemimpin ilmu kepada diri dan
siswa selain turut menyumbang terhadap
pembangunan masyarakat setempat. Bagi menzahirkan
hasrat ini, pensyarah hendaklah senantiasa
memperkasakan diri, meningkatkan daya kompetensi
diri dan mengamalkan budaya inovasi dan kreatif
dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan
syabas dan tahniah kepada semua siswa yang telah
berjaya. Sesungguhnya, pihak institut sentiasa
merancang pelbagai usaha untuk menambahbaik dan
meningkatkan kecemerlangan pendidikan selaras
dengan matlamat pendidikan negara untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Namun, kunci kejayaan tersebut terletak di tangan siswa
itu sendiri. Saya berharap agar siswa akan terus
menyuntik inspirasi untuk lebih berdaya saing dalam
usaha mengekalkan pencapaian cemerlang dalam apa
jua bidang yang diceburi.
“Anda Permata Bersinar”
Sekian, terima kasih.