Page 7 - C:\Users\mechagurlz\Desktop\AKCEP 2023\
P. 7
07
TIMBALAN PENGARAH
KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka dapatlah
kita bersama-sama menganjurkan Majlis Anugerah & Apresiasi Kecemerlangan
Pelajar (AKCEP) bagi sesi Julai - Disember 2023. Anugerah ini bagi meraikan
dan menghargai siswa serta warga IKM JB yang telah berjaya melakar
kecemerlangan dalam bidang akademik dan lain-lain lagi. Penghargaan ini
secara tidak langsung dapat menyokong usaha institut yang cemerlang dengan
aktiviti yang bersifat positif.
Era globalisasi telah membawa bersama-sama persaingan baru yang terbuka
luas dan telah berperanan mengubah landskap institut dengan drastiknya.
Hari ini, harapan Negara disandangkan sepenuhnya ke bahu ahli bijak pandai
di institut untuk menghasilkan bakat insan yang seimbang dan harmoni yang
bukan sahaja mampu menguasai ilmu menerusi penganugerahan segulung sijil
atau diploma malah memiliki nilai serta kebijaksanaan berhadapan dengan
cabaran kehidupan yang semakin kompleks.
Diharapkan, menerusi platform AKCEP, ia
menjadi pendorong, penggerak dan motivasi
kepada siswa juga warga IKM JB dalam
menjana kecemerlangan yang berterusan di
dalam pelbagai bidang seterusnya mencipta
kegemilangan di arena kebangsaan dan
antarabangsa. Saya yakin bahawa gabungan
dari semua warga IKM JB mampu memberi
impak yang luar biasa, secara langsung
merealisasikan aspirasi institut tercinta ini.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua penerima AKCEP bagi sesi Julai -
Disember 2023. Semoga kejayaan ini akan menjadi
asas dan pemangkin untuk memartabatkan lagi
budaya kecemerlangan di IKM JB.
“Anda Permata Bersinar”
Sekian, terima kasih.