Page 4 - PowerPoint Presentation
P. 4
( ) sebagai penyelia projek pada tarikh ENCIK ABDUL AZIZ
: BIN AHMAD
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah
S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke hadratNya dengan limpah
rahmat dan izinNya memberi kelapangan kepada penulis untuk menyiapkan kajian ini
yang bertajuk penutup longkang dengan campuran plastic HDPE(mampatan). Penulis
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Encik
Abdul Aziz bin Ahmad selaku pembimbing utama di atas bimbingan, perbincangan,
nasihat dan ilmu yang telah diberikan sepanjang tempoh kajian ini dilaksanakan. Tidak
lupa juga ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada Puan Haslinda binti Abdul
Aziz dan Puan Aryuziyanti binti Mohamad @ Mohd Nor selaku penyelaras projek 1
dan projek 2, semua pensyarah dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik
Sultan Azlan Shah yang banyak membantu dalam perlaksanaan projek ini. Terima kasih
juga kepada mereka yang membantu dari segi kewangan terutamanya pihak ibu bapa.
Jasa mereka merupakan sesuatu yang bermakna dalam menyelesaikan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan diploma yang telah sama-sama
berhempas pulas menyempurnakan kajian projek masing-masing. Bantuan kalian dari
segi informasi terkini mengenai kerja kursus ini amatlah dihargai. Budi kalian yang
sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan dilupakan. Akhir
sekali saya ingin merakamkan ucapan penghargaan ini kepada semua individu yang
terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek
penyelidikan ini.