Page 5 - PowerPoint Presentation
P. 5
ABSTRAK
Pada masa ini, perkembangan ekonomi yang pesat dalam sektor perindustrian
dan perbandaran pesat sektor pembinaan hari ini menyebabkan sektor ini memerlukan
bahan binaan yang tinggi yang membawa kepada beberapa masalah seperti kekurangan
bahan binaan, peningkatan produktiviti sisa dan sebagainya. Dalam kajian ini, plastik
HDPE dipilih sebagai penggantian bahan iaitu simen sebagai bahan pengikat dalam
pembuatan penutup longkang. Plastik HDPE dipilih kerana ciri-cirinya yang boleh
dikitar semula dapat mengurangkan kos bahan binaan dan dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar adalah alasan utama penggunaan plastik HDPE dalam
pembuatan penutup longkang. Penggunaan plastik HDPE ini boleh menjadi jalan dalam
mengurangkan punca pencemaran dengan mengelakkan berjuta-juta sisa plastik yang
terkumpul di tapak pelupusan. Selain itu, plastik HDPE ini mempunyai tahap ketahanan
yang tinggi dan tahap rintangan cuaca yang tinggi. Kajian ini dijalankan untuk menguji
penggantian simen kepada plastik HDPE sebagai bahan pengikat. Komponen bahan
binaan yang biasa digunakan dalam pembuatan penutup longkang menggunakan
campuran simen, pasir dan air mengikut nisbah yang tertentu. Dalam kajian ini,
peratusan penggunaan plastik yang berbeza digunakan dalam pembuatan penutup
longkang iaitu 15%, 20%, 25% dan 30%. Pengujian akan dilakukan pada semua
peratusan plastik, pengujian yang akan dilakukan dalam kajian ini adalah ujian kekuatan
mampatan, ujian kekuatan tegangan, ujian kekuatan lenturan dan ujian kekuatan
hentaman. Keempat - empat ujian ini akan diuji pada setiap spesimen dan akan
dibandingkan datanya. Berdasarkan keputusan yang diambil, nilai kekuatan mampatan
bagi penggunaan plastik HDPE sebanyak 15% adalah 1.79 (MPa), campuran plastik
HDPE sebanyak 20% adalah 0.89 (MPa), campuran plastik HDPE sebanyak 25%
adalah 5.40 (MPa) dan akhir sekali, campuran palstik HDPE sebanyak 30% adalah 3.18
(MPa).