Page 4 - PowerPoint Presentation
P. 4

PENGHARGAAN



                              Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dipanjatkan

                       kesyukuran  kerana dengan limpah kurnianya  kertas projek ini dapat disiapkan

                       sepenuhnya. Mudah-mudahan kertas projek ini dapat menyumbang sedikit sebanyak
                       maklumat kepada semua pihak. Jutaan terima kasih ditujukan khas buat penyelia projek

                       yang amat dihormati iaitu Hj. Abd Aziz Bin Ahmad yang telah meluangkan masa yang
                       berharga  dengan penuh kesabaran untuk memberikan bimbingan dengan penuh

                       dedikasi dan nasihat yang baik dan bernas, menyumbang idea yang pelbagai dan
                       meluas, menjana buah fikiran yang kreatif dan memberi kritikan yang kritis, membina

                       dan memotivasikan serta menjadi perangsang dan penyokong moral kepada saya untuk

                       melengkapkan tesis ini dengan penuh keyakinan, kompetensi, ketrampilan, sistematik
                       dan sempurna.  Segala  jasa dan tunjuk ajar beliau memberikan pengalaman dan

                       pembelajaran baru buat diri saya untuk kegunaan masa akan datang. Segala bimbingan,

                       nasihat, tunjuk ajar, idea dan segalanya yang diberikan mudah-mudahan diberkati
                       Allah. Tidak dilupakan kepada  En.  Nik Azim Bin Mohd Ghazali,ketua  bahagian

                       teknologi tertinggi ,Pusat Latihan  Teknologi Tinggi(ADTEC) Taiping  pihak yang
                       terlibat yang banyak memberikan kerjasama,  maklum balas dan komitmen bagi

                       menyiapkan kertas projek ini. Jasa baik kalian tidak akan saya lupakan. Akhirnya, saya
                       turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

                       terutamanya yang sama-sama mengikuti Program Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan

                       Bangunan ini. Perjalanan ini mungkin tidak akan tercapai matlamatnya tanpa tunjuk
                       ajar dan sokongan kalian semua.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9