Page 5 - PowerPoint Presentation
P. 5
ABSTRAK
Setelah beberapa minggu kami berbincang untuk mendapatkan tajuk yang
sesuai,akhirnya kami telah bersetuju untuk membuat kajian berkenaan plastic
HDPE.Kami berasa bertuah kerana dapat melaksanakan kajian berkaitan barang kitar
semula yang mana kita semua tahu,untuk menghapuskan plastic mengambil masa
beratus tahun untuk dihapuskan.Perkara ini penting pada pengamatan kami kerana kami
mahu meminumumkan kadar pembuangan sisa terpakai.Sepertimana yang
diketahui,kadar pembuangan sampah di negara kita menunjukkan peningkatan dari
tahun ke tahun.Manakala objektif penyelidikan kami adalah untuk menghasilkan
penutup longkang campuran plastik HDPE dengan kadar kandungan plastik pada
peratusan 15%,20%,25% dan 30% dalam campuran dan membandingkan ukur
tegangan penutup longkang dengan kadar peratusan plastik yang berbeza.Bagaimana ia
dilaksanakan?kami telah menggunakan pendekatan secara manual iaitu memasak
plastic HDPE bersama pasir dan dicampur juga dengan resin dengan sukatan yang
terperinci untuk menegankan lagi plastic HDPE.Keputusan yang kami peroleh adalah
pelbagai berdasarkan peratusan-peratusan yang diletakkan pada platik HDPE dan juga
resin.Secara kesimpulannya,kami berpendapat peratusan 25% adalah yang terbaik
untuk dilaksanakan produk kerana peratus ini mempunyai kekuatan yang mampat,tidak
lebih dan tidak kurang.