Page 136 - Buku SKI XII MA
P. 136
dan beberapa dasar yang mendiskriminasi umat Islam, termasuk orang Islam tidak
boleh menjadi pegawai kerajaan dan lain-lainnya.
Pada zaman Dinasti Qing Islam mempunyai kedudukan yang penting dalam
sejarah perkembangan agama Islam di China. Boleh dikatakan, pada zaman Dinasti
Yuan, jumlah penduduk Islam telah meningkat secara besar-besaran, mutu agama
Islam telah ditingkatkan dan pengaruh Islam kepada masyarakat China semakin hari
semakin luas.
Zaman Dinasti Ming dan Qing merupakan abad perkembangan dan peralihan
bagi masjid di China, seni masjid secara beransur-ansur berubah dari seni Arab ke
seni China. Umat Islam di China pernah memberi sumbangan yang besar terhadap
perkembangan sains dan teknologi China. Kalender yang dicipta oleh umat Islam
pernah digunakan di China dalam waktu yang panjang. Alat pandu arah angkasa
yang dicipta oleh seorang ahli ilmu falak yang bernama Zamaruddin pada Dinasti
Yuan sangat populer di China. Ilmu matematika yang dikembangkan dari Arab telah
diterima oleh orang China. Ilmu perobatan Arab juga menjadi sebagian dari pada
ilmu perobatan China. Umat Islam juga terkenal dengan pembuatan meriam di
China, Dinasti Yuan menggunakan sejenis meriam yang dikenali sebagai meriam
etnik Huizu yang diciptakan oleh orang Islam China. Meriam itu tidak menggunakan
bahan letupan, tetapi menggunakan batu sebagai peluru, dan meriam itu sangat
populer di China pada zaman itu. Selain itu, orang Islam juga terkenal dengan teknik
pembinaan dan menenun.
Sejak PRC didirikan pada tahun 1949, agama Islam telah berkembang pesat.
kerajaan China mengamalkan dasar bebas agama, tidak menggalakkan rakyat
beragama, tetapi semua agama yang sah dilindungi. Kerajaan juga menyediakan
biaya untuk memperbaiki masjid, dan memberi dasar keutamaan kepada umat Islam.
Kerajaan juga memberi bantuan kepada masjid dan Persatuan Islam untuk
memperbaiki bangunan dan biaya harian. Misalnya semasa masjid Niujie, yaitu
masjid yang tertua dan terkenal di Beijing merayakan ulang tahun ke-1000, kerajaan
memberi dana sebanyak beberapa juta Yuan RMB untuk memperbaiki masjid itu.
Pada masa dahulu, umat Islam China tidak mampu menunaikan Haji, tetapi sekarang,
banyak orang China yang beragama Islam menunaikan Haji dengan biaya sendiri.
Dan kerajaan juga menyediakan kemudahan dalam pelbagai bidang.
Di kutip dari World Factbook bahwa penduduk China berdasarkan agama
antara lain Buddhis 18.2%, Kristen 5.1%, Islam 1.8%, Kepercayaan 21.9%, Hindu <
124 SEJARAH KEBUDAYAAN ISLAM KELAS XII