Page 12 - E Malajah Edisi 3
P. 12

CIK SARAH NAJIAH RAMLI



                Ikon Siswa                                  PELAJAR PASCASISWAZAH (DOKTOR FALSAFAH)
                                                                             BIDANG ENTOMOLOGI



                                                     MENGAPAKAH ANDA MENYAMBUNG PENGAJIAN
                                                                    KE PERINGKAT SARJANA?
                                                       Minat  yang  membara  dalam  menjalankan
                                                       kajian  untuk  mengetahui  dan  menjawab  apa
                                                       yang menjadi tanda tanya dalam setiap tingkah
                                                       laku  lebah  kelulut,  bunga  dan  pendebungaan
                                                        sejak ijazah sehingga membuatkan saya terus
                                                       berinspirasi  menyambung  pengajian  sehingga
                                                       ke peringkat Ph.D.


                                                                        APAKAH CITA-CITA ANDA?
                                                                                   Penyelidik

                                                                            DUA PERKATAAN YANG

                                                                     MENERANGKAN  ANDA SEMASA
       KONGSIKAN TENTANG KAJIAN PH.D ANDA                                             BELAJAR

    Kajian  Ph.D  ini  saya  jalankan  bersama-sama                            Komited dan rajin
    penyelia  utama  Prof.  Madya  Dr.  Norasmah                    ADAKAH ANDA BERDEPAN DENGAN
    Basari  mengenai  tingkah  laku  lebah  kelulut                     MASALAH SEMASA BELAJAR?
    semasa  mencari  makanan  daripada  pokok-
    pokok bunga dan perkaitan antara morfologi                        Sebagai        pelajar,       saya       juga
    mulut lebah kelulut dengan morfologi bunga-                       menghadapi  masalah  terutamanya
    bunga. Kajian ini dijalankan untuk membantu                       semasa proses menyelesaikan tesis
    para  penternak  lebah  kelulut  dalam  memilih                   kajian.     Masalah        seperti     sukar
                                                                      memahami  apa  yang  dibaca  juga
    pokok-pokok  bunga  yang  sesuai  dijadikan                       dialami. Namun saya dapat atasinya
    sumber  makanan  dan  juga  sesuai  dengan                        dengan membaca berulangkali atau
    morfologi  lebah  kelulut  dan  bunga,  bagi                      cuba  mencari  makna  perkataan
    membantu  meningkatkan  jumlah  nektar  dan                       yang      tidak      difahami        dengan
    debunga  yang  diambil  oleh  lebah  kelulut.                     mencari       sumber       bacaan       yang
    Sumber  makanan  lebah  kelulut  iaitu  nektar                    hampir  sama  untuk  lebih  faham.
    bunga  dan  debunga  secara  automatik                            Setiap  masalah  saya  cuba  atasi
    menjadi madu dan roti lebah yang mana para                        dengan         sedaya        upaya       dan
    penternak  dapat  menjana  pendapatan  lebih                      berbincang  dengan  penyelia  untuk
    tinggi  daripada  hasil  jualan  produk  lebah                    jalan seterusnya.
    kelulut  tersebut.  Madu  dan  roti  lebah                            SIAPAKAH SUMBER INSPIRASI
    merupakan  makanan  'super'  penuh  khasiat                                          ANDA
    yang boleh dimakan oleh semua orang.                              Ibu,  ayah,  penyelia  utama  Prof.

    ADAKAH ANDA PELAJAR TERBAIK SEMASA DI                             Madya  Dr.  Norasmah  Basari  dan
                           SEKOLAH?                                   pensyarah  yang  mengajar  saya
    Saya  merupakan  pelajar  dalam  carta  10                        sejak ijazah sarjana muda di UMT.

    terbaik di sekolah.

  Glossari
  *Pascasiswazah: Pengajian peringkat ijazah tinggi selepas Ijazah Sarjana Muda iaitu Ijazah Sarjana (Master) atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
     *Sarjana Sains (Master): Peringkat pengajian tinggi selepas Ijazah Sarjana Muda Sains.                        9
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17