Page 14 - E Malajah Edisi 3
P. 14
NIK NUR SYAMIMI RAMLI
Biodiversiti & Seni Syair
Apakah yang mendorong anda untuk terlibat dalam bidang kesenian terutamanya
syair?
Pertama kali saya berkecimpung dalam bidang syair ialah apabila saya mula membuat
persembahan nyanyian untuk majlis rasmi UMT. Daripada situ, saya dilamar oleh
Pegawai Kebudayaan UMT, Encik Shahreezad Satad untuk menyertai pertandingan
Sayembara Dendangan Syair yang dianjurkan oleh Jabatan Warisan. Bermula saat itu,
saya mula belajar melalui aplikasi Youtube sebulan sebelum pertandingan dan terus
jatuh cinta dengan keindahan syair.
Apa yang anda GEMAR lakukan DI MASA Apakah perkara yang anda sukaI tentang
lapang? UMT?
Waktu lapang saya sering dimanfaatkan Lokasinya yang sangat menarik iaitu di
dengan membaca artikel akhbar di pesisir pantai dan saiz kawasannya yang
laman sesawang internet atau melayari tidak terlalu luas namun cukup untuk
laman sosial. Saya sangat gemar menempatkan semua bangunan universiti.
melakukan 'chores' atau kerja rumah
yang belum disiapkan seperti Tidak seperti universiti lain yang saya pernah
mengemas rumah dan menguruskan pergi, kadang-kadang nak ke kampus dari
pakaian. Selain itu, sangat suka kolej pun perlu menaiki kereta kerana terlalu
merancang apa yang perlu dilakukan jauh. Tapi di UMT, jarak dari kampus ke kolej
samada pada minggu hadapan atau 2 boleh berjalan kaki sahaja!
atau 5 tahun akan datang, kerana ia
menjadi motivasi buat saya.
Adakah anda memilih program ini sebagai pilihan pertama anda?
Ya. Program Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti merupakan pilihan pertama saya.
Sejak berada di Asasi STEM UMT lagi, saya telah memasang cita-cita untuk menjadi pelajar
biodiversiti yang cemerlang. Pada saya, minat saya sememangnya ke arah pengurusan
haiwan dan juga alam sekitar. Jiwa saya terasa sangat dekat apabila berada dekat dengan
alam semulajadi dan inilah yang menimbulkan minat saya untuk belajar menjadi seorang
ahli konservasi yang menguruskan kelestarian biodiversiti.
11