Page 15 - E Malajah Edisi 3
P. 15
SIAPAKAH yang mendorong anda untuk melakukan yang terbaik dalam
pembelajaran?
Keluarga saya! Ibu bapa dan suami saya merupakan pihak yang menyokong saya untuk
menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pada awalnya. Disebabkan
keadaan saya yang mempunyai komitmen sebagai seorang ibu, keluarga saya sentiasa
memberi sokongan dan pertolongan agar saya tidak terlepas untuk mendapatkan
pendidikan. Bagi keluarga saya, 'education is important, no matter what is your status'.
Walaupun saya seorang ibu, saya juga mahu buktikan bahawa mempunyai anak bukanlah
penghalang untuk kita mendapatkan segulung ijazah. Anak-anak juga merupakan
pendorong saya. Sebagai 'the ultimate role model for the kids', saya ingin anak-anak saya
melihat saya sebagai inspirasi apabila mereka dewasa kelak.
Apakah Kursus program yang paling Apakah KECENDERUNGAN SEMASA
diminati? PELAJAR YANG MEMBIMBANGKAN ANDA?
Kursus Pengurusan Hidupan Liar yang diajar Sikap sesetengah pelajar yang suka
oleh Prof. Madya Dr. Chong Ju Lian. Saya sangat menviralkan sesuatu perkara di media
meminati kursus ini kerana pensyarah sangat sosial. Saya sangat anti dengan sikap
pandai mengaitkan isu-isu berbangkit berkaitan membuka cerita atau aib di tempat
hidupan liar dalam setiap sesi kelas dan yang tidak sepatutnya. Bagi saya,
makmal. Pembelajaran dengan Dr. Chong perkara itu tidak wajar kerana ia
sangat seronok kerana di setiap sesi makmal, mungkin memalukan atau
beliau akan memberikan tugasan berdasarkan menjatuhkan maruah seseorang.
situasi atau isu semasa. Secara tidak langsung,
pengetahuan am saya banyak bertambah
melalui kelas beliau. Terima kasih Prof. Madya
Dr. Chong!
12