Page 18 - Pendulum Studio Portfolio (E-waste)
P. 18
1.5 Skop
Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat sejauh mana tahap
kesedaran masyarakat serta mengenalpasti status perkembangan
E-sisa di kawasan kajian. Namun begitu, tumpuan utama kajian
ini adalah terhadap kesedaran dan pengetahuan masyarakat
dalam menguruskan E-sisa. Contohnya adalah seperti pengetahuan
masyarakat akan kewujudan dan peranan ERTH berkaitan
E-sisa. Selain itu, seperti pengetahuan masyarakat tentang
cara-cara untuk menghantar atau memilih perkhidmatan
pengambilan E-sisa oleh pihak ERTH. Hal ini kerana, pentingnya
untuk masyarakat sedar dan mengetahui terlebih dahulu
tentang E-sisa agar dapat mendorong masyarakat untuk
melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Disebabkan itu,
pengkaji perlu merancang dengan teliti dan sesuai agar kesan
daripada kajian ini membuahkan hasil.
Animasi 2D yang berdurasi antara enam hingga lapan minit
menggunakan Bahasa Melayu akan dibangunkan oleh pihak
pengkaji yang untuk menceritakan tentang E-sisa yang
merangkumi pengenalan kepada E-sisa, cara-cara menguruskan
perkakasan elektronik yang rosak, serta keburukan dan
kebaikan E-sisa. Fokus projek animasi 2D ini ialah kepada
golongan remaja dan dewasa. Pengkaji membangunkan
animasi 2D ini dengan harapan dapat memudahkan pengguna
dan masyarakat mengetahui tentang E-sisa demi memastikan
kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar terjamin.
Selain itu, projek ini mengambil masa selama dua semester
11