Page 14 - Pendulum Studio Portfolio (E-waste)
P. 14

1.3 Pernyataan Masalah








         ERTH lebih menepati peranan dalam isu e-sisa memandangkan

         tugas utama mereka adalah mengitar semula atau melupuskan

         peralatan elektrik dan elektronik yang tidak berfungsi lagi

         secara teratur. Asas ini amat penting dalam menyumbang

         kepada pengurusan e-sisa yang betul agar dapat menjamin

         kelestarian alam sekitar.


                 Di Malaysia sahaja, peranti elektrik dan elektronik semakin

         berkembang dari masa ke semasa memandangkan penduduk

         di Malaysia memerlukan dan bergantung kepada peralatan

         elektrik dan elektronik seperti telefon pintar, komputer, pencetak,

         televisyen, ketuhar, dan lain-lain lagi dalam melakukan kerja

         seharian. Menjadi sesuatu  yang  agak mustahil  jika  ingin

         menyatakan peranti elektrik dan elektronik tidak diperlukan

         dalam kehidupan seharian. Yang menimbulkan isu ialah bila

         sikap tidak peka terhadap e-sisa menjadi perkara biasa dalam


         kalangan rakyat Malaysia sehingga tidak mahu mengambil

         inisiatif dalam menguruskan e-sisa. Hal ini akan menyebabkan

         generasi akan datang mengikut jejak langkah yang sama.

         Tarawneh dan Saidan (dipetik dari George. F. et. al., 2018)

         menyatakan kewujudan e-sisa pada keadaan persekitaran

         bergantung atas sikap dan tingkah laku pemilik apabila peranti

         tidak berfungsi lagi.


                 Selain itu, boleh dikatakan juga pengguna yang tidak tahu

         cara menguruskan e-sisa cenderung untuk buang di tong

         sampah biasa tanpa mengambil kira kesan buruk kepada alam







                                                         07
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19