Page 11 - Pendulum Studio Portfolio (E-waste)
P. 11
1.2 Latar Belakang
Pada masa kini, jumlah perkembangan industri elektrik dan
elektronik menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa di
seluruh dunia. Hal ini terjadi ekoran daripada kemajuan yang
dikecapi saban hari yang mana manusia memerlukan
peralatan elektrik dan elektronik untuk melakukan kerja.
Industri elektronik telah menjadi industri yang cepat
berkembang berbanding industri lain ekoran daripada
permintaan terhadap peralatan elektronik di pasaran yang
semakin meningkat (Kwatra, Pandey & Sharma, dipetik dari
George. F. et. al., 2018). Di sini, bermulanya timbul isu E-sisa.
E-sisa membawa maksud pengguna membuang peralatan
elektrik dan elektronik (Noraida. Y. 2005). Wang et. al. (dipetik
dari George. F. et. al., 2018) pula menyatakan E-sisa adalah
peralatan elektrik dan elektronik yang telah lama dan rosak
serta tidak dimanfaatkan lagi oleh penggunanya. E-sisa atau
Sisa Elektronik merangkumi peralatan elektronik yang tidak
berfungsi lagi, usang atau telah sampai ke akhir hayat
sesuatu barangan elektronik tersebut termasuklah segala
barangan elektronik seperti telefon pintar, pencetak dan
komputer. Tidak dinafikan juga peralatan rumah tangga
seperti peti sejuk, penapis air, kipas, ketuhar, dan set televisyen.
Saban hari, peralatan elektrik dan elektronik membanjiri
pasaran sehingga pengguna mahu memiliki lebih dari
sebuah peranti akibat daripada harga yang mampu
milik ekoran lambakan peranti elektronik di pasaran. Masalah
04