Page 12 - Pendulum Studio Portfolio (E-waste)
P. 12
memiliki lebih dari sebuah peranti bagi setiap individu tidak
menimbulkan isu tetapi Isu longgokan E-sisa akan timbul
apabila sesuatu peralatan elektrik dan elektronik itu tidak
berfungsi lagi atau telah mencapai had kemampuan
sesuatu peranti (George. F. et. al., 2018). Hal ini terjadi apabila
hayat sesuatu peralatan elektrik dan elektronik telah mencapai
had kemampuannya, maka peralatan elektrik dan elektronik
tersebut tidak dapat berfungsi lagi yang seterusnya
pengguna akan mengambil tindakan untuk buang sahaja
walaupun terdapat sesetangah peralatan elektrik dan elektronik
yang masih boleh dibaiki. Hal ini dikatakan juga sebagai
punca mengapa isu e-sisa bertambah. Menurut Noraida. Y.
(2005), menjelaskan masalah untuk mengruskan E-sisa akan
timbul akibat daripada peningkatan kuantiti peralatan elektrik
dan elektronik yang tidak berfungsi. Antara faktor yang
menyebabkan pengguna lebih memilih untuk membuang
peralatan elektrik dan elektronik daripada membaiki adalah
kerana kos membaik pulih peralatan tersebut hampir sama
seperti membeli peralatan elektrik dan elektronik yang baru.
Hibbert & Ogunseitan (dipetik dari George. F. et. al., 2018)
menjelaskan bahawa sejenis bahan kimia seperti Polynuclear
Aromatic Hydrocarbon (PAHs) akan dibebaskan dari telefon
bimbit di tapak pelupusan sampah akibat daripada kesan
suhu panas seterusnya akan mengakibatkan pencemaran
udara. Isu seperti kesan kepada hidupan, pencemaran alam
sekitar dan kesihatan manusia akan timbul akibat dari lambakan
peralatan elektrik dan elektronik yang banyak (George. F. et.
al., 2018). Semestinya, hal ini akan mempengaruhi masalah
05