Page 15 - Pendulum Studio Portfolio (E-waste)
P. 15
sekitar. Alam sekitar dan kesihatan manusia akan turut terpengaruh
kepada kesan buruk akibat daripada kaedah pelupusan barangan
elektrik yang tidak teratur (Kalana, 2010). Contohnya, e-sisa
dibuang di tapak pelupusan sampah tanpa cara yang betul
akan mengakibatkan tapak pelupusan di kawasan itu terjejas.
Sumber air bawah tanah di kawasan tapak pelupusan sampah
itu akan turut tercemar akibat daripada tindak balas kimia
(otache. Et. al. dipetik dari George. F. et. al., 2018). Namun,
masalah ini dapat ditangani sekiranya pengguna memberi
kerjasama yang menyeluruh kepada pihak yang terlibat dalam
memperkenalkan dan menjayakan program-program yang
melibatkan e-sisa.
Di samping itu, kurang pengetahuan dalam kalangan
pengguna tentang impak besar e-sisa kepada alam sekitar
juga tidak boleh dipandang enteng. Maksud yang ingin
disampaikan pengkaji adalah kebanyakkan usaha-usaha
yang dilakukan selalunya hanya melalui kata-kata sahaja.
Hal ini terjadi apabila individu merasakan tanggungjawab
mereka telah ‘lepas’ apabila selesai menyampaikan atau
berkongsikan sesuatu maklumat. Sudah tentu cara ini
menyebabkan matlamat yang ingin dicapai tidak membuahkan
hasil. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, pelbagai
usaha telah dilakukan pengkaji seperti melakukan penyelidikan
termasuklah berkolaboratif dengan pihak ERTH dalam
membangunkan animsai 2D berkaitan projek yang
dijalankan. Seterusnya, akan dikongsikan melalui pelbagai
platform digital seperti Youtube, Facebook, Instagram dan
televisyen. Tarawneh dan Saidan (dipetik dari George. F. et al., 2018)
08