Page 3 - DARAH TITIK DI SEMANTAN
P. 3
SINOPSIS
Sejak pulang dari Pulau Tawar, sikap Datuk
Bahaman banyak berubah. Beliau sering
memencilkan diri. Rahman mengatakan
bahawa dua tahun dahulu, negeri mereka telah
diambil oleh Inggeris. Inggeris telah mengikat
perjanjian dengan raja mereka. Raja mereka
semacam dipaksa oleh Inggeris untuk
menandatangani perjanjian itu. Perkara itulah
yang difikirkan oleh Datuk Bahaman. Pada suatu
hari, Datuk Bahaman diberitahu bahawa
Inggeris telah mula masuk ke Semantan. Mereka
sedang menggali kubu panjang dan mata-
mata Sikh berkawal. Pak Long Abas hendak
bertindak tetapi Datuk Bahaman
menghalangnya. Persiapan yang rapi perlu
dilakukan lebih dahulu. Datuk Bahaman
mengatakan bahawa peperangan itu
membabitkan sultan. Datuk Bahaman tidak
mahu sultan menerima nasib yang sama seperti
Sultan Perak yang dibuang daerah ke sebuah
pulau di Lautan Hindi. 3