Page 4 - DARAH TITIK DI SEMANTAN
P. 4
SINOPSIS
Datuk Bahaman memuji tindakan Zahid, Samad,
Rahman, dan Awang Muhammad yang
membina kubu di Lubuk Sengarat. Pada suatu
hari, Zahid, Samad, dan Awang Muhammad
ternampak dua buah perahu yang dikayuh oleh
empat orang Melayu. Dalam perahu pertama
terdapat seorang lelaki Inggeris yang memakai
pakaian seragam berwarna kuning, bertopi
keras, dan memegang senapang. Dia diapit
oleh mata-mata Inggeris. Samad hendak
menyerang mereka tetapi dihalang oleh Awang
Muhammad. Dalam peristiwa yang lain pula,
dua orang pemuda Melayu datang ke
kampung itu untuk melakukan bancian.
Berlakulah pergaduhan antara Zahid dan rakan-
rakannya dengan dua pemuda Melayu itu.
Pergaduhan tersebut berpunca daripada
tindakan dua orang pemuda Melayu itu yang
mahu menceroboh isteri Lajis. Datuk Bahaman
tiba-tiba muncul lantas memberikan amaran
kepada dua orang pemuda tersebut. 4