Page 9 - DARAH TITIK DI SEMANTAN
P. 9
SINOPSIS
di bawah jagaan Datuk Panglima Raja
sementara Imam Perang Weh menjaga Pasir Tuk
Anjang. Tuk Muda Bidin, Datuk Bahaman, Mat
Lela, dan Tuk Selampit pula di Lubuk Sengarat.
Desborough ditugaskan Inggeris untuk
mengetuai lima puluh orang mata-mata
Inggeris yang akan tiba bersama dengan tiga
ratus orang askar sultan. Datuk Bahaman
berpesan kepada pengikut-pengikutnya supaya
berundur jika mereka terlihat askar-askar sultan
bercampur dengan mata-mata Inggeris. Hampir
waktu senja, Desborough tiba di Lubuk Terua. Di
dalam perahunya tidak kelihatan askar-askar
sultan. Sebaik-baik sahaja haluan perahu
Desborough bertentangan dengan rantai yang
merentang Sungai Semantan, Datuk Bahaman
pun menarik rantai itu. Perahu Desborough
terbalik. Desborough dan orang-orangnya
tercampak ke dalam air. Bambu runcing
menghujani orang-orang Desborough. Perahu-
perahu lain tidak jadi mudik. Askar-askar sultan
9
terpinga-pinga lalu hilir mudik ke Batu Hampar
dan ke Kuala Semantan. Akhirnya, keadaan di
Semantan kembali tenang.
Mat Kilau tiba dari Pulau Tawar membawa
berita bahawa Clifford tidak berpuas hati
dengan askar-askar sultan yang mudik pada
hari itu kerana tidak ada seorang pun yang
tercedera. Inggeris menganggap bahawa
askar-askar sultan telah membuat perjanjian
dengan Datuk Bahaman. Clifford mengugut
sultan akan dibuang negeri ke mana-mana
pulau di Lautan Hindi. Perancangan dilakukan
Inggeris apabila Rodger mudik seperahu
dengan sultan dan Tengku Ali. Melihatkan
kedatangan rombongan tersebut, Tuk Selampit
mahu menyumpit tetapi dihalang oleh Datuk
Bahaman. Pada malam itu, Datuk Bahaman
membuat perancangan dan berjumpa dengan
sultan secara sembunyi-sembunyi. Perjanjian
dibuat. Askar-askar sultan dan orang-orang
Datuk Bahaman akan berpura-pura berlawan
dan hanya akan menembak ke udara dalam
pertempuran keesokan harinya. Baginda mahu
perjuangan itu perjuangan yang penghabisan.
Keesokan harinya, askar-askar sultan naik ke
darat. Tembak-menembak pun berlaku tetapi
semua tembakan menghala ke udara. Tiba-tiba
keadaan menjadi kelam-kabut. Paha Mat Lela
terkena tembakan askar-askar sultan. Awang
Muhammad pula terkena tembakan di dada.
Dia tidak dapat diselamatkan. Askar-askar sultan
telah mungkir janji. Datuk Panglima Raja
menyuruh para pengikutnya mengamuk namun
dihalang oleh Datuk Bahaman. Tidak semena-
mena Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh
berlari ke arah askar-askar sultan untuk
menyerah diri. Namun begitu, kedua-duanya
telah ditikam oleh askar-askar sultan. Menjelang
waktu Zuhur sudah tidak ada tembakan lagi.
Perajurit-perajurit Semantan berundur ke Darat
Kelubi. Askar-askar sultan bersorak kemenangan.