Page 7 - DARAH TITIK DI SEMANTAN
P. 7
SINOPSIS
tempat lapang. Datuk Panglima Raja dan
pengikut-pengikutnya bersembunyi. Tidak lama
kemudian, datang empat puluh orang mata-
mata Inggeris dengan diketuai dua orang
Inggeris. Mata-mata Inggeris itu berebut-rebut
untuk makan bubur itu sebaliknya dua orang
Inggeris itu hanya memerhatikan mereka. Salah
seorang daripada orang Inggeris itu ialah
Desborough. Mata-mata Inggeris itu mulai
kesakitan. Seorang demi seorang terjun ke
dalam sungai. Akhirnya, semua mata-mata
Inggeris itu hanyut dibawa arus.
Selepas lima hari berlalu, dua pasukan itu
bertemu semula di Lubuk Terua. Rahman dan
Hassan Tahmid mendapatkan nama beratus-
ratus orang kampung bagi menyertai
perjuangan. Dalam dua tiga minggu keadaan
di Semantan tenang. Mereka menyusun jadual
latihan menembak. Datuk Bahaman
mengadakan mesyuarat lagi dan meminta
semua orang bersedia. Batu Hampar diletakkan
7