Page 26 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 26

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



                 108.! Jangan pula ayat dalam Surah Al-Hasyr ayat 14, yang menyebutkan

                       tentang ‘wa qulubuhum syatta’ atau ‘hati-hati mereka berpecah dan
                       saling mendengki)’, itu terkena akan kita sendiri, kerana Ulama Tafsir
                       ada menyebutkan bahawa Nas Al-Quran itu bolih sahaja berperanan

                       sebagai ‘hujjah untuk kita atau ke atas kita’ (hujjatul laka aw alaika).


                 109.! Hanyasanya inilah jalan dan pendekatan murni, untuk mengembalikan

                       keutuhan dan kesepaduan kita, untuk mendepani serta menentang
                       gerombolan yang mengkhianati mandat Rakyat serta memusnahkan
                       amalan demokrasi berparlimen yang sihat dan terbaik.


                 110.! Kita akan menggembleng seluruh tenaga kita; tenaga fikir dan tenaga

                       kerja kita, samada dalam parti dan di antara parti Pakatan Harapan

                       dan  rakan-rakan  Pembangkang,  untuk  membuat  persiapan  dan
                       rangka strategi terbaik, berpandukan data analitik dan kajian senario,
                       untuk merumuskan strategi yang paling mapan dan bijak, untuk meraih

                       dan mengundang kemenangan dan bantuan (Nusrah)  Allah  Azza

                       Wajalla.


                 111.! Dengan lafaz yang mulia, Bismillahi Ar Rahman Ar Rahiim dan doa Siiru
                       ‘ala Barakatillah,  saya rasmikan Konvensyen Nasional  2020  Parti
                       Amanah Negara (AMANAH).  Sekian, jutaan Terima Kasih, Wassalamu

                       alaikum WarahmatulLahi Wabarakaatuhu.

               (


               (

               (
























               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       24
   21   22   23   24   25   26   27   28