Page 23 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 23

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



                             Maksud: Aku pergi ke negara barat, aku dapat lihat ISLAM
                             sekalipun aku tidak melihat PENGANUT ISLAM,

                             Dan aku pergi ke negara Arab, aku dapat lihat PENGANUT
                             ISLAM tetapi aku TIDAK NAMPAK ISLAM.




               MEMPERKUKUH DALAMAN PARTI - ORGANISASI & DISIPLIN AHLI.


                95.!   Sememang diakui, AMANAH melalui pelbagai keberantakan dalaman

                       sejak pemilihan pimpinan parti yang lalu. Masih ada riak-riak  dan
                       gejala-gejala yang amat tidak saya senangi. Kita mahu ahli-ahli
                       bersaing secara terbuka dan sihat, dalam rangka 'Fastabiqul Khairat' -

                       atau "Perlumbaan  Yang  Baik", namun pertikaikan serta konflik yang

                       berlanjutan sehingga ke hari ini, mesti ditangani secara lebih tuntas dan
                       muktamad.  Tidak wajar jika ia menjejaskan kelancaran dan kemajuan
                       parti dan organisasi.


                96.!   Andainya ia melibatkan proses dan prosedur, maka ia memerlukan

                       campurtangan kepimpinan tertinggi. Andainya ia ada hubung  kait

                       disiplin dan akhlak, maka lebih mustahak pihak berwajib iaitu Lembaga
                       Tatatertib ambil langkah pencegahan. Juga Biro Pembangunan Ahli
                       dan Sumber Manusia, untuk meneliti gejala-gejala dan bibit-bibit yang

                       mesti segera dibenteras sebelum menular dan membarah.


                97.!   AMANAH  akan teruskan amalan pembinaan "Lapisan Kepimpinan

                       Muda-Baru" serta keterlibatan seluruh tenaga keanggotaan parti;
                       AWAN, Pemuda serta Warda dan  ARiF, buat memastikan  AMANAH
                       tidak  mengalami  nasib  tabiat  organisasi  yang  bercorak  gelagat

                       'Organisasi Satu Generasi' atau 'One Generation Organisation" yang

                       pupus bersama Generasi Pengasas.


                98.!   Oleh itu, amat mustahak untuk ditekankan Aspek 'Tarbiyah dan Latihan'
                       (Tarbiyah  wa  Tadrib  atau  Education  &  Training)  bukan sahaja untuk
                       membina Intelek serta Pemikiran tetapi juga Ketrampilan serta

                       Kompetensi  untuk  menjalankan  pelbagai  tugas  parti  dan  organisasi

                       dalam lapangan perjuangan.





               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       21
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28