Page 19 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 19

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



                74.!   Ya, sekali lagi saya sebutkan bahawa dalam dunia politik sememang,

                       ‘tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada lawan yang kekal’. Yang
                       kekal adalah Kepentingan!


                75.!   Oleh itu, pastikan ‘Kepentingan’ bersama kita, adalah  untuk
                       menjunjung cita-cita yang berpaksikan ‘Kepentingan Rakyat &

                       Kesejahteraan Negara’  –  menentang rasuah, kleptokrasi, kezaliman,

                       perkauman dan anutan agama yang ekstrim dan melampau yang
                       menjadi amalan dan dukungan sesetengah pihak!


                76.!   Kononnya, lawan kita juga bersatu dan menekankan koalisi raksasa.
                       Rakyat akan menyaksikan atas paksi apakah yang akan menjadikan

                       mereka bersatu dan saksikan atas sebab apa pula mereka akan

                       berpecah?


                77.!   Yang mustahaknya, bagaimana kita dalam Pakatan Harapan dan
                       rakan-rakan Pembangkang yang lain? Allah lebih Mengetahui!




               MEMPERTEGAS RISALAH PERJUANGAN PARTI AMANAH


               Para Perwakilan yang saya kasihi sekalian.


                78.!   Berbeza  dengan  pendekatan  lslam  yang  menekankan  aspek

                       Hukuman  (Uqubah), lantas memperjuangkan perlaksanaan RUU 355

                       contohnya, tanpa meletakkan tujuan-tujuan besar Syariat yang lebih
                       awla dan menyeluruh, Parti Amanah Negara (AMANAH) menganjurkan
                       dan  menekankan penghayatan  Risalah Islam  yang bersifat Rahmah

                       dan Adil untuk seluruh warga negara Malaysia.






















               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       17
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24