Page 17 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 17

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



               CABARAN  PAKATAN  HARAPAN  DALAM  USAHA  MENGEMBALIKAN
               MANDAT RAKYAT



                64.!   Dalam usaha mengembalikan mandat rakyat, saya ingin mengimbau
                       laluan getir beberapa bulan mutakhir ini. Kerapkali juga tumpuan kerja

                       dan tenaga fikiran Pimpinan Tertinggi PH, pada persepsi ramai, sebagai
                       satu 'tumpuan melampau' atau keterlaluan, sehingga memberi

                       tanggapan yang agak serong terhadap perjuangan PH yang
                       ditanggapi sebagai menumpu untuk mendapat kuasa semata-mata.


                65.!   Beralih sedikit ke bibit-bibit keretakan dan kelompongan yang kita

                       sedang saksikan dalam usaha untuk mengembalikan Mandat Rakyat,
                       khasnya  dalam  menangani  persoalan  kepimpinan  ketua  negara

                       adalah amat menginsafkan.


                66.!   Hakikat ini wajar segera kita sedari dan sepakati supaya dapat diatasi
                       secara hikmah dan bijaksana.


                67.!   Tanpa saya sebutkan secara mendalam dan terperinci, cukup untuk

                       ditegaskan bahawa PH mesti punyai komitmen untuk mengatasi apa
                       jua permasalahan tentang kepimpinan, dasar atau polisi serta program

                       dengan berpandukan musyawwarah serta konsensus dengan berani
                       serta terbuka, diperingkat Majlis Presiden Pakatan Harapan.


                68.!   Ketelusan dan perkongsian inilah yang telah membina tahap

                       kepercayaan atau 'trust' yang tinggi di kalangan pimpinan tertinggi PH
                       sejak sekian lamanya.  Amat diakui bahawa amalan dan tradisi ini

                       sedikit terjejas akhir-akhir ini.


                69.!   Menyonsong ke  hadapan, saya berpandangan adalah mustahak
                       untuk AMANAHterus berperanan memperkukuhkan Pakatan Harapan.

                       Bahkan lebih mustahak lagi adalah untuk melebarkan kerjasama PH
                       dengan semua pihak dan parti-parti Pembangkang yang lain buat

                       menjalinkan  'Satu  Grand  Reallignment'  sebelum kita berjaya
                       membentuk sekali lagi 'Satu Grand Coalition'.








               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22