Page 13 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 13

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



                48.!   Beliau berkata,  sekatan  pergerakan telah  menjejaskan beberapa

                       sektor seperti perkhidmatan khasnya pelancongan, pembuatan dan
                       pembinaan. Lebih teliti, ramai pakar-pakar berpandangan bahawa
                       Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di Malaysia ini ditanggapi

                       sebagai terlalu ‘drastik’ (tidak cermat)  atau  ‘crude atau ‘blunt’,

                       dengan izin, berbanding negara-negara jiran, mengakibatkan
                       penguncupan terburuk berlaku sehingga ke paras -17.2% dari KDNK,
                       dalam suku kedua tahun 2020 ini, tertinggi di ASEAN.


                49.!   Di sini  jelaslah bahawa  kegagalan Kerajaan PN  kerana  tidak bijak

                       mengimbangi antara 'Tuntutan Nyawa & Kehidupan Harian' (Lives Vs

                       Livelihood). Kalau mengambil andaian setiap nyawa mesti dijaga,
                       mungkin sepatutnya kita mesti 'Lockdown-Berkurung’ sampai
                       'Tamatnya Pandemik di Malaysia (Zero-Case atau Sifar kes), sehingga

                       datangnya Penyelamat Vaksin COVID-19?  Namun, apakah itu wajar?

                       Apakah itu Munasabah? Apakah itu Polisi Kesihatan Awam yang
                       sebetulnya?


                50.!   Sebab itu kita membaca dan kedengaran pelbagai kritikan pakar-
                       pakar Kesihatan Awam dan Penyakit Berjangkit, dalam media sosial. Di

                       sinilah  bezanya  komitmen  kepimpinan  PH  dalam  Fasa  Pertama

                       Pandemik ini?


                51.!   Ketika PH, yang memimpin adalah pemimpin politik, yang menasihat
                       adalah birokrat dan teknokrat! Ramai yang bertanya, mana hilangnya
                       Menteri Kesihatan dan dua Timbalan Menteri Kesihatan sekarang?


               (























               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18