Page 9 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 9
MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15
25.! Namun demikian, akibat Khianat Politik, kemakmuran negara dan
kesejahteraan rakyat telah porak-peranda sementara kestabilan
kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir PH tergugat sehingga empat
negeri iaitu Perak, Johor, Melaka dan Kedah bertukar tampuk
kepimpinan akibat pengkhianatan.
26.! Anehnya peralihan yang berlaku seperti tiada kesudahan. Kejatuhan
yang berlaku bukan sahaja kerana angkara lawan tetapi juga
termasuk ‘rakan pakatan’ sendiri seperti yang dilihat di Perak.
27.! Kebencian rakyat menyaksikan segala gelagat kumpulan pengkhianat
telah meningkatkan suhu politik, pelbagai pihak sentiasa cemas, rimas
dan lemas sehingga mendapat reaksi tegas daripada lstana.
28.! Senario rapuh dan goyah Kerajaan Perikatan Nasional ini ditanggapi
oleh pelbagai pemerhati politik negara umpama 'telur di hujung
tanduk'. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa diasak dan dihantui
ketakutan sehingga ahli Parlimen Pagoh itu bersedia untuk melakukan
apa jua ‘Rasuah Politik’ dengan memberikan segala habuan, kepada
gerombolan parti-parti Muafakat Nasional; PASdan Umno, yang
bersedia bersekongkol mempertahankan Kerajaan Pintu Belakang ini,
meskipun mereka pada hakikatnya merupakan musuh dan seteru
ketat, yang saling berebut kuasa dan memburu habuan.
29.! Situasi ini persis seperti apa yang Allah SWT gambarkan di dalam Al-
Quran.
Surah Al-Hasyr: 14
" & $ & & " 4 " & $ " & $ & $ ! " # % & ' ( ) ! " * $ + " ' ( ) , " - . * - / ) 0 ) 1 " 2 $ % ! & ' ( ) 3 . * 5 6 7 ) 8 9 : 8 ! & ' ( ) , " 1 ; < !!
“Permusuhan & pertelingkahan antara mereka dahsyat,
Kamu pula bila melihat mereka menyangka mereka bersatu
dan berkasih sayang, walhal hati hati mereka berkelahi
dan saling amat mendengki..."
PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
7