Page 6 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 6
MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15
8.! Sebaliknya, Kerajaan PN pula gagal bekerjasama dengan negeri-
negeri pembangkang di samping enggan berkongsi ‘data yang
terperinci’ (granular data) bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri,
terutamanya Selangor.
9.! Keberkesanan usaha-usaha ini, akhirnya bertujuan untuk menampung
kerja-buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang
sememangnya turut memerlukan bantuan daripada kerajaan-
kerajaan negeri.
10.! Malangnya, kerajaan-kerajaan negeri pembangkang tidak dijemput
untuk bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada
tahap awal dan keputusan tidak dibuat bersama dengan kerajaan-
kerajaan negeri.
11.! Sesungguhnya rakyat Malaysia kagum dengan komitmen dan
ketabahan seluruh 'Frontliners' atau 'Barisan Hadapan' KKM, Hospital-
Hospital Swasta, PDRM, ATM, RELA, JPAM, pelbagai agensi dan NGO-
CSOs dengan cogan kata #KitaJagaKita. JasaMu Tetap diKenang!
Doa buatMu tetap kami Panjatkan!
12.! Namun, pada masa yang sama, satu tanggapan negatif rakyat
terhadap kepimpinan politik di Putrajaya juga tinggi apabila melihat
mereka lebih berminat untuk berpolitik dengan makar jahat
‘Rampasan Kuasa di Sabah’, seolah-olah kesedapan dan kemaruk
kuasa tanpa mengendahkan kritikan pedas rakyat, setelah
mendalangi ‘Langkah Sheraton’, sebelum kemelut penularan
mencanak dalam Gelombang Kedua COVID-19.
13.! Rakyat juga letih apabila diheret dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di
Sabah pada September lalu. Dalam tempoh tersebut, rakyat
menyaksikan bagaimana Kerajaan PN dengan sewenang-wenangnya
mengizinkan SOP dilanggar dari segi keperluan kuarantin mereka yang
pulang ke Semenanjung selepas berkempen di Sabah sekaligus
menjadi pencetus dan punca utama gelombang ketiga COVID-19.
PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
4