Page 11 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 11

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



               'KRISIS EKONOMI'



                 35.!  Ketiga, akibat daripada COVID-19 dan Krisis Politik, maka tercetuslah
                       'Krisis Ekonomi', yang sehingga kini belum nampak riak-riak untuk pulih,

                       bahkan diturunkan penarafan negara dari 'A-' kepada 'BBB+'.


                 36.!  Sangat malang sekali! Ini menjejaskan imej negara sebagai destinasi
                       pelaburan yang menarik. Ini juga akan mengakibatkan kos pinjaman

                       meningkat, ketika Malaysia dan syarikat-syarikat GLCnya, membuat
                       pinjaman dari pasaran kewangan. Dari satu segi, hal ini sudah dijangka

                       oleh pelbagai pihak kerana kerajaan PN yang tidak punya dasar dan
                       polisi yang jelas dan tuntas, justeru tidak pernah memiliki atau dipandu

                       sebuah manifesto pilihan raya.


                 37.!  Paling jelas adalah bagaimana Belanjawan 2021  ditanggapi  para
                       penganalisis sebagai ‘Gagal Merangsang Ekonomi’ kerana mudahnya

                       disebut sebagai 'Bajet Biasa dalam Suasana Luar-biasa'.


                 38.!  Cubaan Perdana Menteri untuk memohon kepada DYMM YDPA agar
                       mengisytiharkan  darurat  di  seluruh Persekutuan Malaysia, sebelum

                       pembentangan Belanjawan 2021, adalah  tragedi yang  amat tragis
                       dan berisiko merosakkan ‘Amalan Demokrasi Berparlimen Yang Sihat’.


                 39.!  Angka-angka unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar

                       (KDNK) dan defisit fiskal juga ditanggapi sebagai terlalu optimis serta
                       jauh tersasar, meskipun akhirnya diluluskan juga.


                 40.!  Apa yang mudah dalam belanjawan adalah untuk terus memberikan

                       peruntukan besar buat rakyat. Lebih besar lebih disukai rakyat. Tetapi
                       berapa lama hendak bertahan dengan program-program berjangka

                       pendek ini?


                 41.!  Ya, yang mudah adalah memberi 'pelali' kepada Makcik Kiah, tetapi
                       sampai bila Makcik Kiah boleh diberikan 'cash handouts' atau 'wang

                       tunai' untuk hidup. Apa yang dinikmati Makcik Kiah tahun ini  belum
                       tentu akan turut dinikmati pada tahun hadapan.






               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16