Page 7 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 7
MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15
14.! Rakyat juga tidak lupa bagaimana wujud fenomena ‘Dua Darjat’ dari
segi "Pelaksanaan SOP dan Hukuman Kesalahan", yang berbeza antara
rakyat marhaen dan ‘VVIPs’ dalam kalangan pemimpin politik.
Akibatnya, rakyat hilang kepercayaan terhadap kesungguhan
perdana menteri kelapan dan bosan dengan barisan menterinya yang
hanya pandai mengumumkan pelbagai SOP yang tidak konsisten.
15.! Pertukaran SOP yang mengikut selera serta kepentingan politik menjadi
kritikan keras daripada pelbagai pihak, dan terkini apabila pemerintah
mengizinkan pemakaian PPEs di dalam Dewan Rakyat, untuk
mengizinkan mereka berstatus PUI (Individu Dalam Siasatan/ Person
Under Investigation) hadir mengundi. Gelagat ini sekaligus telah
menjadikan Malaysia sebagai bahan lawak-jenaka seantero dunia.
KRISIS POLITIK – POLITIK KHIANAT
Para Perwakilan yang dikasihi sekalian
16.! Krisis kedua adalah 'Krisis Politik' yang berpunca daripada rancangan
jahat segelintir politikus rakus, yang mendalangi Langkah Sheraton
bermula pada 24 Februari.
17.! Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) yang dikepalai Mahyuddin Yassin,
mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan dan diikuti oleh 10 Ahli
Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh Azmin Ali.
18.! Tindakan ini secara serentak telah mengakibatkan Kerajaan Pakatan
Harapan kehilangan majoritinya di Dewan Rakyat. Maka bermulalah
babak baharu dan budaya politik jelek, yang diberi gelar ‘Politik
Khianat’. Daripada politik rakus ini ditubuhkan pula Kerajaan ‘Pintu
Belakang’ atau ‘Tebuk Atap’ kerana barisan kepimpinan di Putrajaya
itu memerintah Malaysia tanpa perlu menang dalam pilihan raya dan
mendapat mandat rakyat
PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
5