Page 12 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 12

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



                42.!   Derita rakyat bukan kepalang apabila, Menteri Pembangunan

                       Usahawan  dan  Koperasi  mendedahkan  lebih  32,000  syarikat
                       Perusahaan Kecil  dan  Sederhana (PKS) tutup dan gulung tikar,
                       berdasarkan statistik daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

                       dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga

                       September 2020.


                43.!   Bayangkan betapa derita rakyat yang dibuang kerja, tiada gaji atau
                       bekerja dengan gaji dipotong separuh. Muhyiddin kononnya mengakui
                       walaupun dia  “bukan  Perdana Menteri yang  dipilih  rakyat tetapi

                       Perdana Menteri yang diperlukan rakyat”.


                44.!   Malangnya apa diberikan kepada rakyat, contohnya kepada majikan

                       PKS dalam Program Subsidi Upah (PSU), jauh berbeza dengan negara
                       serantau  seperti Singapura untuk rakyat mereka. Contohnya nilai
                       subsidi gaji RM600 kepada pekerja bawah gaji RM4000 sebulan kepada

                       pekerja PKS, jauh bezanya dengan nilai subsidi sebanyak 75% dari gaji

                       yang diberikan di Singapura.


                45.!   Mengikut laporan media,  keadaan  ini menyebabkan sebahagian
                       daripada PKS mengambil keputusan untuk TIDAK memohon untuk
                       program PSU ini, tetapi mengambil keputusan untuk memecat

                       sebahagian daripada pekerja mereka.


                46.!   Krisis ekonomi menjadi lebih parah apabila kerajaan PN gagal

                       menangani penularan COVID-19 sehingga tercetus Gelombang Ke-3
                       akibat SOP yang mereka sendiri tidak patuhi selepas PRN Sabah.


                47.!   Ahli-ahli  ekonomi,  badan-badan  penyelidik dan  seperti  diakui  oleh
                       Ketua Perangkaan Malaysia, prestasi ekonomi  negara yang  kurang

                       memberangsangkan telah disumbangkan oleh pelaksanaan Perintah

                       Kawalan Pergerakan (PKP) hingga PKP Bersyarat (PKPB) yang
                       berlangsung dalam tiga fasa bagi membendung penularan COVID-19.











               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       10
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17