Page 15 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 15
MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15
56.! Dalam Kabinet di bawah kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir, 5 pemimpin
AMANAHdiberi kepercayaan memimpin 5 Kementerian dan dilantik 5
Timbalan Menteri. AMANAHmemimpin sebuah negeri selaku Ketua
Menteri di Melaka dan bersama memimpin beberapa negeri-negeri
Pakatan Harapan termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.
&'"! Saya ingatkan semua perwakilan bahawa kita menang dalam
pilihanraya yang lalu, bukan semata-mata kerana kita punya
manifesto yang menarik atau rakyat sudah bosan dengan kebobrokan
kerajaan Najib Umno/ Barisan Nasional, atas rompakan ke atas 1MDB
dan amalan kleptokrasi, rasuah dan juga salah guna kuasa.#
58.! Benar, kemenangan kita dalam PRU ke-14 dimungkinkan kerana
gandingan dua tokoh lagenda dan negarawan Tun Mahathir dan
Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini mesti kita akui. Namun faktor penentu
dalam menjayakan cita-cita kita untuk menumbangkan kerajaan
Kleptokrat Najib-BN ialah penampilan satu "Grand Coalition" yang
padu atau satu 'Koalisi Raksasa', yang menggembleng seluruh tenaga
pembangkang bersama rangkaian NGO, sementara lawan kita
berpecah sehingga wujud pertandingan 3-penjuru dalam PRU-14 yang
lalu.
59.! Ya, amat penting dan kritikal dalam persaingan pilihan raya adalah
penentuan strategi yang tepat dan bijak. Kerana semua faktor-faktor
yang saya sebutkan tadi, apabila diadun dalam satu gerak strategi
yang padu dan terancang, akan menatijahkan keputusan yang ajaib
dan luar biasa. Kita wajar mencari sentuhan ajaib ini kembali buat
melakar strategi bagi menjayakan impian untuk memenangi kembali
Putarajaya dalam PRU ke-15 akan datang, bila pun akan diadakan.
(
PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
13