Page 18 - EBUKU PIDATO KN2020
P. 18

MENDEPANI CABARAN “GRAND COALITION” BUAT MERAIH KEMENANGAN DALAM PRU-15



                70.!   Dalam kerangka dan semangat inilah, saya memulakan ucapan saya

                       tadi, dengan mengangkat kalam Allah dalam Surah al-Anfal ayat 46.


               Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Anfal ayat ke 46:








                                                                                                  !

                             Yang bermaksud: “Dan taatlah kepada  Allah  dan Rasul-
                             Nya  dan  janganlah  kamu  berkelahi  dan berbantah-
                             bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar, gagal
                             dan hilang kehebatan dan kekuatan mu dan bersabarlah.
                             Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.


                71.!   Saya ingatkan kepada rakan-rakan pimpinan  AMANAHdan juga

                       rakan-rakan  pimpinan Pakatan Harapan dan semua pimpinan parti-
                       parti pembangkang supaya mengelak melakukan tegahan Allah SWT.

                       Jangan sampai kali ini, kita kalah kerana kita pula yang melakukan
                       kesalahan mereka dalam pilihanraya yang lalu.


                72.!   Suka  saya  ingatkan  kepada  rakan-rakan  pimpinan  pembangkang

                       seluruhnya, supaya merenungi tuntutan perhitungan strategi ini…

                             “Dalam  ketidaktentuan  arah  serta  simpang  siur  politik  di
                             negara  ini,  kebijaksanaan  kepimpinan  parti  dan  koalisi,
                             untuk ‘melebarkan kawan dalam  kalangan lawan’,
                             serentak ‘tidak mencetuskan lawan di kalangan kawan’,
                             adalah kepintaran strategi yang mampu melebarkan tapak
                             sokongan di kalangan rakyat-pengundi, buat mengundang
                             kemenangan nanti. lnsyaAllah”.


                73.!   Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya bersedia menjadi 'jambatan
                       penghubung' yang biar pun dijadikan tempat berpijak namun demi

                       rakyat dan negara tercinta ini, saya akan lakukan seperti yang telah
                       kita sama-sama galas dahulu yakni dengan bersungguh-sungguh dan

                       penuh iltizam-komitmen, yang tidak berbelah bagi. Inilah antara
                       peranan Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak awal lagi.








               PIDATO PRESIDEN | KONVENSYEN NASIONAL 2020
       16
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23